Polis tahan lelaki bakar rumah

Iklan
Polis berjaya melumpuhkan sindiket penyelewengan minyak diesel melibatkan sebuah syarikat minyak dan gas terkemuka negara selepas 15 lelaki ditahan dalam operasi di beberapa negeri pada Isnin lepas. - Gambar hiasan

KEPALA BATAS - Polis menahan seorang penagih dadah selepas lelaki itu bertindak membakar rumah pusaka dua tingkat yang didiami keluarganya di Pokok Sena dekat sini pada Rabu kerana berang adiknya enggan memberikan rokok.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, suspek berusia 47 tahun itu, dipercayai bertindak membakar rumah itu kira-kira 9 malam Rabu ketika adik lelakinya sedang membuat laporan polis berhubung ketika dia mengamuk.

"Jiran yang tinggal berdekatan memberitahu suspek telah membakar rumah itu dan mereka berjaya menangkapnya sebelum menyerahkan kepada pihak polis yang tiba di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Iklan

Mohd Asri berkata, kebakaran itu telah menyebabkan rumah dua tingkat dengan bahagian atas diperbuat daripada papan manakala bahagian bawah batu, musnah terbakar dan empat motosikal lama yang sudah tidak digunakan turut hangus.

Beliau berkata, kebakaran itu turut menyebabkan rumah jiran mereka yang terletak bersebelahan turut terbakar di bahagian dapur.

Iklan

"Hasil soal siasat awal lelaki yang tidak bekerja itu mengaku membakar langsir menggunakan pemetik api di bilik tidurnya, sebelum api marak ke seluruh rumah.

"Rumah itu didiami lelaki itu, ibu dan adiknya, namun ketika kejadian ibu suspek tiada di rumah kerana melawat anak perempuannya di Balik Pulau,” katanya.

Mohd Asri berkata, ujian air kencing mendapati, lelaki itu positif dadah dan mempunyai 14 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah serta dadah.

Beliau berkata, lelaki itu direman bagi membantu siasatan dan kes tersebut di siasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. - Bernama