E-Perkhidmatan percukaian diwajibkan berperingkat bermula September
Iklan
PUTRAJAYA - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan percukaian melalui portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September ini untuk memperkasakan dan melestarikan pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
LHDN dalam kenyataan memaklumkan pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya yang dijangka pada 1 Januari 2024.