Selangor capai sasaran kutipan hasil RM2 bilion
Iklan
Amirudin (tengah) bersama barisan Exco baharu selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada Selasa.
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor merekodkan RM2 bilion kutipan hasil negeri setakat Jumaat minggu lalu sebagaimana telah dianggarkan dalam Belanjawan 2023.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya yakin jumlah itu terus meningkat dan tidak mustahil untuk mencapai sehingga RM2.5 bilion menjelang akhir tahun ini.
Iklan
Iklan
"Sehingga minggu lalu pada Jumaat kita telah mencapai sasaran RM2 bilion kutipan hasil sebagaimana yang telah dianggarkan dalam Belanjawan 2023.
"Kalau ikut trend semasa, sebenarnya pada bulan Ogos dan September, pilihan raya dan sebagainya mungkin dapat lebihan lebih baik sebagaimana pencapaian sebelum ini.
Iklan
"Biasanya akan ada ‘surplus’ terutama pelabur-pelabur yang datang dan sebagainya, jadi saya boleh anggarkan minimum kita boleh dapat RM2.3 bilion hingga RM2.4 bilion tetapi untuk mencapai RM2.5 billion itu tidak mustahil,” katanya pada Selasa.
Beliau ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Penjawat Awam Bersama Menteri Besar dan Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.
Iklan
Menteri Besar menambah, beliau bagaimanapun tidak mahu bercita-cita tinggi kerana urusan kutipan hasil mempunyai urutan yang tersendiri dan kebiasannya terhenti pada tahap-tahap tertentu.
"Jadi inilah yang kita kena tengok tapi keadaan sekarang ini RM2.3 bilion hingga RM2.4 bilion (kutipan hasil negeri) itu kerajaan negeri boleh dapatlah," tambahnya lagi.
Ketika mengulas mengenai titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mengenai Selangor ketinggalan dari segi pelaburan dan nilai eksport berbanding Pulau Pinang, Johor dan Sarawak, Menteri Besar memaklumkan, pelaburan di Selangor masih dalam keadaan memberangsangkan.
"Yang disebut Tuanku adalah nilai eksport dan import. Memang ada sedikit anjakan program ekonomi dalam negeri Selangor dan sebahagian ekonomi kita sudah beransur kepada ekonomi perkhidmatan.
"Jadi, pembuatan kita memang agak ‘stagnant’ (tidak berganjak) dekat satu tahap berbanding Pulau Pinang (sektor pembuatan) dalam elektrik dan elektronik,” jelasnya.
"Namun, sejak pandemik Covid-19 terutamanya program ekonomi kita lebih kepada industri perkhidmatan seperti logistik, hub, pengagihan. Itu menyebabkan kita kekal sebagai penyumbang ekonomi terbesar," katanya.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi