Musim durian

Iklan
Pekebun Matjed Ismail, 39, melintasi jambatan bermotosikal dengan muatan durian selepas kerja-kerja mengutip buah itu dari kebunnya untuk dijual kepada pelanggan di Kampung Sungai Serai hari ini.

Sejak dua minggu lalu, Matjed tidak menang tangan menerima tempahan daripada penggemar raja buah tersebut.

Ketika ditemui, beliau berkata setiap pagi dia akan menghabiskan masa kira-kira empat jam bermula jam 7 pagi untuk mengutip durian luruh di dusun yang terletak di puncak bukit berketinggiaan 359 meter dari paras laut.

Iklan
Iklan

Beliau menjual durian kampung pada harga sekitar RM50 untuk lima hingga enam biji mengikut saiz.