KPDN Perak sita gas LPG dijual tanpa lesen

Iklan
KPDN Perak menyita dua lori bersama 129 tong LPG dalam pemeriksaan sebuah premis di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada Rabu. - Foto ihsan KPDN Perak

BAGAN DATUK - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 129 tong gas petroleum cecair (LPG) yang didapati dijual tanpa lesen di sebuah premis di Hutan Melintang dekat sini pada Rabu.

Risikan yang dijalankan anggota penguat kuasa mendapati terdapat dua lori membawa muatan LPG 12 dan 14 kilogram (kg) sering bergerak ke kedai-kedai runcit sekitar kawasan terbabit.

Iklan
Iklan

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, siasatan mendapati premis terbabit aktif berniaga sejak setahun lalu dan gagal menunjukkan lesen atau kebenaran untuk menyimpan barang kawalan LPG oleh Pengawal Bekalan Malaysia.

"Dua lelaki warga tempatan berusia 30-an dan 40-an telah ditahan bagi membantu siasatan. Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM64,826," katanya.

Iklan

Beliau berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap pembekal LPG kerana membekalkan barang kawalan itu kepada orang atau syarikat yang tidak mempunyai lesen atau kebenaran.

Tambah Kamalludin, kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Iklan