Fatin Nurfatehah pecah rekod kebangsaan di Piala Dunia Paris 2023
Iklan
KUALA LUMPUR - Pemanah elit wanita negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh mencipta sensasi di Piala Dunia Memanah 2023 Peringkat 4 apabila memperbaharui rekod kebangsaan acara compound individu wanita di Paris hari ini.
Menurut https://info.worldarchery.org, atlet berusia 32 tahun itu mengumpul keseluruhan 704 mata selepas 72 panahan pada pusingan kelayakan, bagi penentuan ranking dan sekali gus memadam rekod lama 701 mata yang dicatatkan di Piala Dunia 2023 Peringkat 1 di Turki pada April.