Salmonella: 340,000 ayam akan dihapuskan di Sweden

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

LONDON - Sebanyak 340,000 ayam penelur di Sweden akan dihapuskan selepas penemuan salmonella di sebuah ladang ayam, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik media, termasuk laporan stesen penyiar Sweden, SVT pada Isnin.

Salmonella ditemui di dua buah reban pengeluar telur terbesar negara itu, CA Cedergren.

Iklan
Iklan

Pihak berkuasa kemudiannya memutuskan bahawa kesemua unggas di kemudahan terjejas perlu dihapuskan.

Sebanyak 160,000 unggas di ladang ayam CA Cedergren terpaksa dihapuskan masing-masing pada Januari dan Februari, kerana salmonella. - Bernama

Iklan
Iklan