Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Iklan
Ahmad ketika ditemui selepas mesyuarat menetapkan siapa calon Menteri Besar Kelantan pada Ahad.
KOTA BHARU - [DIKEMAS KINI] Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar di sini pada jam 3 petang Selasa.
Perkara itu dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Ahmad Yakob ketika ditemui selepas mesyuarat menetapkan siapa calon Menteri Besar Kelantan di sini pada Ahad.
Iklan
Iklan
Ahmad berkata, pihaknya sudah memuktamadkan nama yang akan dipersembahkan kepada pihak Istana Kelantan bagi mendapat perkenan Sultan Muhammad V pada Isnin.
"Siapa MB Kelantan, biar Tuanku tentukan. Satu, dua, atau tiga calon itu tidak penting.
Iklan
"Tunggulah, Insya-ALLAH. Senarai nama telah dipersetujui oleh Presiden," ujarnya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan Ahmad ketika ditemui pemberita pada Sabtu selepas selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, Tumpat menjelaskan sebanyak tiga nama akan dikemukakan kepada Presiden dan kemudian dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V untuk mendapat perkenan.
Iklan
Melihat kepada kenyataan itu antara calon-calon yang dilihat layak untuk mengisi jawatan berkenaan ialah Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah (Panchor), Datuk Mohammad Fadzli Hassan (Temangan) dan Datuk Mohd Nasruddin Daud (Meranti).
Ketiga-tiga 'figura' ini bukan sahaja mempunyai latar belakang agama, malah mempunyai wibawa sebagai seorang pemimpin sebagaimana digariskan oleh Pas.
Latar belakang pendidikan agama dilihat penting untuk seorang MB Kelantan apabila rakyat negeri ini begitu selesa dengan pemimpin yang boleh menyampaikan kuliah agama.
ARTIKEL BERKAITAN:
Teka-teki Menteri Besar baharu Kelantan
PRN: MB Kelantan baharu 15 Ogos ini
MB baharu Kelantan perlu jalin hubungan baik dengan kerajaan pusat
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan sudah dimuktamadkan - Ahmad
Kemunculan seekor ibu harimau belang bersama anaknya di beberapa kampung di Kuala Krai bukan sahaja mencetuskan kebimbangan penduduk, malah menjejaskan sumber pendapatan lebih 100 penoreh getah yang terpaksa menghentikan rutin harian mereka sejak hampir dua minggu lalu.
Lebih membimbangkan, haiwan pemangsa itu dipercayai berkeliaran di kebun getah dan semakin menghampiri kawasan penempatan penduduk sehingga menimbulkan kebimbangan terhadap keselamatan penduduk serta haiwan ternakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801601/edisi/kelantan/lebih-100-penoreh-getah-di-kuala-krai-gantung-pisau-gara-gara-pak-belang
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.