Cabaran realiti bola sepak sebenar Luton Town bermula

Iklan
Rob Edwards. - Foto AFP

KELAB Liga Kejuaraan, Luton Town yang baru dinaikkan pangkat ke liga tertinggi England, ditunjukkan realiti sebenar bola sepak kompetitif apabila dibelasah Brighton & Hove Albion, 4-1 di Stadium Komuniti American Express.

Ia merupakan perlawanan pertama divisyen teratas Luton dalam tempoh 31 tahun sebelum Liga Perdana Inggeris diperkenalkan dan kebanyakan pakar melihat kelab itu mempunyai peluang kecil untuk bertahan selepas kejayaan mengejut dalam playoff Liga Kejuaraan pada Mei.

Iklan
Iklan

Namun pengendali Luton Town, Rob Edwards merasakan The Hatters seakan ketinggalan jauh selepas Solly March meletakkan The Seagulls memimpin separuh masa pertama.

"Saya fikir kami betul dalam permainan pada kedudukan 1-0 dan 2-1, apabila kami bersaing dengan baik.

Iklan

"Namun gol ketiga membunuh kami selain kami mempunyai banyak peluang untuk mengeluarkan bola tapi tidak mengambilnya dan ketika itu lawan menunjukkan sifat kejam dalam liga.

"Pada separuh masa pertama saya fikir kami mantap, padat dan agresif dan kami mengekalkan ancaman serangan balas pasukan lawan,” katanya.

Iklan