PRN: UMNO akan buat proses penilaian diri
Iklan
Asyraf Wajdi
SHAH ALAM - UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan melakukan introspeksi (proses penilaian diri) menyeluruh dan muhasabah dalaman secara terperinci terhadap keputusan pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, kepimpinan parti menerima segala ketentuan ALLAH SWT di atas keputusan kali ini dengan berlapang dada dan penuh keinsafan.
Iklan
Iklan
"Sama-sama kita terus bekerja kuat untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dengan memfokuskan kepada prestasi khidmat dan kerja dalam urusan pentadbiran dan pengurusan negara termasuk aspek ekonomi yang begitu kuat memberikan impak pada rakyat.
"Biarlah rakyat menilai prestasi ini terutamanya pentadbiran di peringkat Persekutuan, di samping negeri-negeri di bawah Kerajaan Perpaduan termasuk tiga negeri yang berjaya dikekalkan dalam PRN kali ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Asyraf turut berterima kasih kepada semua jentera parti dari seluruh negara yang berkampung lebih dua minggu di enam negeri yang terlibat dengan PRN.
"Sesungguhnya pengorbanan dan kerja kuat semua amatlah dihargai dan hanya ALLAH sahajalah yang mampu membalas segalanya dengan limpahan rahmat dan keberkatan-Nya jua.
Iklan
"Moga ALLAH permudahkan segala usaha baik yang disulami keikhlasan hanya bermatlamat untuk khidmat yang terbaik demi rakyat,” katanya.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
BERITA SEMASA 12 MEI 2024
Pang Sock Tao yakin kempen dijalankan Pakatan Harapan (PH) sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu mengikut undang-undang, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Bagaimanapun, Sock Tao berkata, pembangkang berhak mengemukakan petisyen pilihan raya jika terdapat bukti terhadap dakwaan tersebut.
Jelasnya, pembangkang atau sebarang parti ada hak untuk memfailkan petisyen tapi beliau yakin kempen 14 hari yang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang dan berhemah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664341/berita/politik/yakin-kempen-prk-kkb-ikut-undang-undang---sock-tao
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #KualaKubuBaharu #AdunKualaKubuBaharu #PRK #PRK KKB