UMNO perlu berani berubah jika tak mahu dilupakan - Ketua Pemuda
Iklan
Dr Muhamad Akmal
SHAH ALAM - UMNO perlu berani melakukan perubahan sekiranya tidak mahu parti terus dilupakan oleh masyarakat.
Ketua Pemudanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, ramai bercakap mengenai kekalahan UMNO yang besar berbanding dengan kemenangan besar parti lain.
Iklan
Iklan
"Ia menunjukkan bahawa mereka masih sayangkan UMNO tetapi sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Ahad.
Pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15), UMNO hanya memenangi 19 kerusi daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.
Iklan
Parti tersebut menang dua daripada enam kerusi di Pulau Pinang dan dua negeri yang gagal menang satu kerusi ialah di Terengganu serta Kedah.
Selain itu, bagi Selangor, dua daripada 12 kerusi yang dipertandingkan telah berjaya direbut manakala hanya satu kerusi dari Kelantan.
Iklan
Bagaimanapun, UMNO masih mendapat sokongan pengundi dari Negeri Sembilan apabila memenangi 14 daripada 17 kerusi yang dipertandingkan.
Dalam pada itu, Dr Muhamad Akmal tegas menyatakan bahawa tugas pemimpin UMNO pada kali ini adalah untuk mengembalikan semula kepercayaan rakyat terhadap parti itu.
"Suara rakyat harus diutamakan, bukan suara pemimpin,” ujarnya.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>