PRN: Terima kekalahan dengan hati terbuka - Syed Saddiq

Iklan
Syed Saddiq - Foto Bernama

PETALING JAYA - Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya di atas segala kesilapan dan percaya kekalahan kali ini akan mematangkan mereka sebagai pemimpin muda.

Ahli Parlimen Muar itu berkata mereka perlu menerimanya dengan hati terbuka dalam melangkah ke hadapan dan Pilihan Raya Negeri (PRN) ini adalah langkah sulung dalam perjalanan Muda yang masih panjang dan parti itu seharusnya menghormati mandat rakyat.

Iklan
Iklan

"Saya fikir calon-calon telah mencuba sebaik mungkin dan selaku presiden saya perlu melakukannya dengan lebih baik. Ini merupakan pengalaman yang memberikan pengajaran buat Muda,” katanya kepada wartawan di sini semalam. - Bernama

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!

Iklan
Iklan