PRN15: Dua kerusi majoriti tipis di Selangor

Iklan
PH menang 34 daripada 56 kerusi DUN manakala 22 milik PN di Selangor.

SHAH ALAM - Pilihan raya negeri ke-15 (PRN15) menoktahkan jawapan dengan pelbagai keputusan bagi setiap parti yang bertanding.

Antara keputusan mencuri perhatian adalah kemenangan dengan majoriti tipis di Selangor antara calon Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

Berdasarkan keputusan rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), calon PN di DUN Taman Medan, Dr Afif Bahardin menang dengan majoriti 30 undi.

Afif menerima undi sebanyak 22,316 manakala pesaingnya daripada PH, Ahmad Akhir Pawan Chik (22,286).

Iklan

Satu lagi keputusan di Gombak Setia menyaksikan calon BN, Datuk Megat Zulkarnain Omardin terpaksa akur tewas dengan majoriti 58 undi kepada calon PN, Muhammad Hilam Idham (30,299).

Secara keseluruhan, PH menang 34 daripada 56 DUN manakala 22 milik PN.

Iklan