PRN: Calon Bebas gagal peroleh sebarang kerusi
Iklan
Seramai 41 calon Bebas bertanding dengan masing-masing 10 calon di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing lima calon di Kelantan dan Pulau Pinang serta seorang di Terengganu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Kesemua calon Bebas gagal memenangi sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, menurut data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Seramai 41 calon Bebas bertanding dengan masing-masing 10 calon di Selangor, Kedah dan Negeri Sembilan, masing-masing lima calon di Kelantan dan Pulau Pinang serta seorang di Terengganu.
Iklan
Iklan
Daripada jumlah itu, 39 calon Bebas hilang wang deposit.
Calon bertanding hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5 peratus daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira di kawasan terlibat.
Iklan
Yessu Samuel yang bertanding di kerusi DUN Nilai memperoleh undi paling rendah iaitu 57 undi.
PRN kali ini menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang manakala Perikatan Nasional (PN) menang di Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>