Dapat bentuk kerajaan selesa, walau ramai perantau tidak pulang - PN Kelantan
Iklan
Ahmad (tengah) telah mengumumkemenangan PN di Dataran Medan Ilmu, Kota Bharu pada Sabtu.
KOTA BHARU - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Datuk Ahmad Yakob bersyukur selepas Pas dapat membentuk kerajaan dengan selesa walaupun ramai anak perantau tidak pulang mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Beliau berkata, perkara tersebut juga menjadi penyumbang kepada peratusan keluar mengundi kurang daripada 70 peratus.
Iklan
Iklan
"Kemungkinan yang menyebabkan susut peratusan mengundi ialah faktor anak-anak perantauan tidak pulang.
"Bagaimanapun kami bersyukur pada ALLAH dan mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Kelantan," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Sabtu.
Iklan
Sebelum itu beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan, telah mengumumkan kemenangan PN di Dataran Medan Ilmu, di sini.
Pada PRN kali ini Pas menang 43 daripada 45 kawasan yang dipertandingkan pada PRN kali ini.
Iklan
Gabungan Pakatan Harapan (PH) mencipta kejuatan apabila merampas kerusi DUN Kota Lama menerusi calonnya Dr. Hafidzah Mustakim.
Sementara BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Galas apabila penyandangnya Mohd. Syahbuddin Hasyim terus diberi mandat untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, Pas menang 37 kerusi DUN Kelantan sementara BN (8).
Bagaimanapun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamad keluar dari BN dan menyertai Bersatu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>