Tindakan tegas terhadap individu sebar kandungan hina institusi diraja

Iklan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu sekiranya memuat naik atau berkongsi sebarang kandungan mahupun pandangan berbaur kebencian dan penghinaan membabitkan institusi diraja di media sosial dan aplikasi pemesejan.

Dalam kenyataan pada Sabtu, MCMC memaklumkan, peringatan itu dikeluarkan susulan perkongsian oleh individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan kandungan berbentuk penghinaan terhadap institusi tersebut.

Iklan
Iklan

"Sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang jika disabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan itu.

Menurut MCMC tindakan penguatkuasaan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diambil terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang sedia ada demi melindungi ketenteraman dan kepentingan masyarakat.

Iklan

Orang ramai diingatkan agar tidak memuat naik, berkongsi atau menyebarkan kandungan media sosial yang menghina institusi diraja sebaliknya melaporkannya kepada MCMC di pautan https://aduan.mcmc.gov.my dan PDRM. - Bernama

Iklan