[VIDEO] Jalaluddin calon MB jika BN menang besar di Negeri Sembilan

Iklan

REMBAU - Calon Menteri Besar Negeri Sembilan perlu dilantik dalam kalangan Barisan Nasional (BN) sekiranya parti itu memenangi lebih kerusi daripada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) ini.

Bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pengiraan itu perlu digunakan bagi memberi keadilan kepada kedua-dua gabungan terbabit.

Iklan
Iklan

"Kalau BN dapat lebih kerusi daripada PH, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias kena jadi Menteri Besar. Itu aje 'fullstop'.

Menurut Khairy, walaupun Jalaluddin merupakan Ahli Parlimen Jelebu, tetapi beliau layak untuk menjadi Menteri Besar kerana tidak memegang sebarang jawatan di Kerajaan Pusat.

Iklan

Bagaimanapun katanya, ia perlulah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Khairy membuang undi di Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim.

Bagaimanapun katanya, masalah kemungkinan akan timbul sekiranya PH tetap menghantar nama Aminuddin kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan untuk diangkat sebagai orang nombor satu di negeri ini.

Iklan

"Ia tak adillah. Kalau dalam keadaan BN menang lebih daripada PH, tetapi nama Aminuddin yang dihantar, maknanya UMNO lemah," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Parti Keadilan Rakyat(PKR) memutuskan Aminuddin wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar sekiranya gabungan PH dan BN memenangi PRN ini.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana Aminuddin telah menunjukkan prestasi yang memuaskan ketika memimpin Negeri Sembilan dan banyak melaksanakan usaha membantu penduduk dengan pelbagai program.

Bagaimanapun Jalaluddin baru-baru ini berkata, kesemua 18 calon lelaki daripada 36 kerusi DUN Negeri Sembilan yang ditandingi gabungan BN dan PH PH layak untuk menjadi calon Menteri Besar.

Pada PRN ini, BN bertanding di 17 kerusi manakala PH 19 kerusi yang mana DAP 11 kerusi, PKR enam kerusi dan Amanah dua kerusi.