Cuti tanpa rekod sempena Songkran pengiktiran kepada masyarakat Siam
Iklan
KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan memberi cuti tanpa rekod (CTR) sehari kepada penjawat awam berketurunan Siam yang menyambut Tahun Baharu Siam atau Songkran satu pengiktirafan kepada masyarakat itu, kata Ahli Dewan Negara berbangsa Siam, Senator Aknan Ehtook.
Menzahirkan penghargaan kepada kerajaan khususnya Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau berharap keprihatinan Perdana Menteri itu menjadi suntikan semangat kepada kira-kira 1,000 penjawat awam berketurunan Siam di seluruh negara untuk terus memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.