Bawa Iltizam Suara Siputeh bantu penduduk Kota Siputeh
Iklan
Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
ALOR SETAR - Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir membawa Iltizam Suara Siputeh untuk membantu masyarakat di Kota Siputeh.
Mohd Ashraf berkata, terdapat tiga teras utama digariskan dalam Iltizam Suara Siputeh seperti ‘yang tiada kita bangunkan’, ‘yang ada kita tingkatkan’ dan ‘yang beban kita ringankan’.
Iklan
Iklan
Katanya, Iltizam Suara Siputeh yang dibawanya merangkumi tujuh aspek iaitu (S) Suara Siputeh, (I) Insaniah dan Islami, (P) pendidikan dan pelancongan, (U) utiliti, (T) terangkum, (E) ekonomi dan (H) harmoni.
"Menerusi Aspek Suara Siputeh, pihak kami akan mengangkat suara penduduk di kawasan berkenaan menerusi pertemuan-pertemuan secara berkala secara 'Townhall' bersama masyarakat mengikut zon-zon di DUN Kota Siputeh.
Iklan
"Melalui pertemuan itu, kami akan mendengar aduan serta permasalahan mereka sekali gus mencari jalan penyelesaian termasuk membawa sebarang perkara berbangkit ke sidang DUN atas iltizam menyelesaikan masalah rakyat di DUN Kota Siputeh," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Kata Mohd Ashraf, pihaknya bercadang untuk mewujudkan pusat pembangunan setempat dari cabang keilmuan sehingga pemerkasaan agenda pembangunan belia dikenali sebagai Akademi Tengku Zaleha di bawah aspek Insaniah dan Islamik.
Iklan
"Antara lain, kami berhasrat mewujudkan kem Mahawangsa bagi menangani isu sosial, keciciran dalam pembelajaran, dadah serta melahirkan anak-anak muda Kota Siputeh yang terampil dengan keunggulan interpersonal dan intrapersonal melalui program-program kem itu," katanya.
Beliau juga mahu mengenalpasti ikon pendidikan Kota Siputeh, mewujudkan insentif tuisyen percuma, mewujudkan hab pelancongan serta kalendar pelancongan Kota Siputeh melalui aspek pendidikan dan pelancongan.
Mohd Asyarah memaklumkan, pihaknya akan berusaha menyelesaikan isu-isu utiliti setempat dan agenda pembangunan infra demi kemajuan Kota Siputeh melalui aspek utiliti.
"Melalui aspek terangkum, kita akan pelbagai usaha termasuklah menumpukan aspek-aspek kebajikan warga Kota Siputeh secara menyeluruh dan antara hasrat kecil kita mewujudkan gudang Umar, memperkasakan golongan kurang upaya (OKU) demi membantu kelangsungan hidup mereka, membantu golongan ibu tunggal dan memperkasa belia wanita serta memberi fokus kepada pembangunan kelompok minoriti," katanya.
Beliau memberitahu, dalam aspek ekonomi, pihaknya bercadang memperkenalkan satu mukim satu produk dikenali sebagai SMSpro demi membangun dan membantu industri desa atau industri mikro dalam kalangan masyarakat setempat bagi menambah pendapatan isu rumah.
Kata Mohd Asyraf, pihaknya juga bercadang mewujudkan Made In Kodiang (MeKo) iaitu agenda penjenamaan terkait dengan produk-produk lokal dalam dalam DUN Kota Siputeh yang dihasilkan oleh masyarakat setempat untuk dikumpulkan di bawah satu hab MeKO dan diangkat ke pasaran yang lebih besar.
"Melalui aspek harmoni, saya akan berusaha membina rukun masyarakat yang harmoni tanpa mengira latar belakang agama dan tradisi di dalam DUN Kota Siputeh," katanya.
DUN Kota Siputeh menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Mohd Ashraf dengan penyandang, Dr. Salmee Said dari Pakatan Harapan (PH) dan Abdul Ramli (Bebas).
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.