Azizulhasni gagal misi raih podium kejohanan berbasikal trek dunia
Iklan
JAGUH berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang gagal melangkah ke peringkat akhir saingan keirin elit lelaki Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2023 di Glasgow, Scotland pada Rabu.
Laluan pelumba berusia 35 tahun itu tersekat, selepas beliau menamatkan aksi saringan pertama pusingan separuh akhir di kedudukan keempat, demikian menurut laman sesawang rasmi kejohanan UCI;www.uci.org.