SKUAD hoki lelaki negara meneruskan persembahan bertenaga dalam kejuaraan Trofi Liga Juara-Juara Asia apabila menewaskan Korea Selatan, 1-0 di Stadium Mayor Radhakrishnan, Chennai, India pada Rabu.
Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal muncul wira Malaysian Tigers apabila meledak gol padang pada minit ke-22 untuk jaringan tunggal perlawanan.