PENYEDIA perkhidmatan telekomunikasi komited dalam usaha menyokong rangka kerja Ekonomi Madani kerajaan menerusi ketersambungan dan peranti berpatutan serta terus bekerjasama rapat untuk merapatkan lagi jurang digital.
Dalam kenyataan bersama hari ini, lima syarikat terbabit iaitu CelcomDigi Bhd (CelcomDigi), Maxis Bhd (Maxis), Telekom Malaysia Bhd (Unifi Mobile), U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dan YTL Communications Sdn Bhd (Yes), turut menyambut baik pengumuman kerajaan mengenai Pakej 5G Rahmag dan Insentif Pasca Bayar Rahmah Penjawat Awam bersempena Bulan Kebangsaan.