Roslan dilantik KSU Motac berkuat kuasa pada Selasa

Iklan
Roslan

PUTRAJAYA - Timbalan Ketua Setiausaha (Khidmat Pengurusan) Kementerian Luar, Datuk Roslan Abdul Rahman dilantik Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya berkuat kuasa pada Selasa.

Mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, Roslan berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk perancangan dan pentadbiran serta hubungan dua hala selain pernah berkhidmat sebagai Duta Besar di beberapa negara.

Iklan
Iklan

"Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki, saya yakin beliau (Roslan) mampu melaksanakan misi kementerian dalam memperkasakan ekosistem industri pelancongan dan kebudayaan yang inklusif,” katanya.

Berkelulusan ljazah Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (Kepujian) daripada University of Exeter, United Kingdom, Roslan, 58, mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Luar pada 1995. - Bernama

Iklan
Iklan