PRN: Tok Mat bebas influenza, kembali turun berkempen
Iklan
Tok Mat (enam dari kanan) ketika turun berkempen di Kuala Sawah, Rantau pada Ahad.
REMBAU - Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan kembali turun padang berkempen selepas dinasihatkan oleh pengamal perubatan untuk berehat beberapa hari kerana tidak sihat.
Beliau yang mesra dipanggil Tok Mat sebelum ini menerusi rakaman video di laman sosial Instagramnya memaklumkan terkena jangkitan influenza.
Iklan
Iklan
"Baru setengah hari ini saya turun padang kerana demam dan selesema. Alhamdulillah bila cek darah bukan influenza cuma demam selesema tapi teruk.
"Hari ini saya memulakan semula kempen saya di DUN Rantau dan dalam siri berkempen, pemerhatian saya setakat ini sokongan daripada pengundi-pengundi di kawasan amat baik sekali," katanya ketika ditemui pemberita di Kuala Sawah, Rantau pada Ahad.
Iklan
Mohamad menghadapi tentangan satu lawan satu daripada calon Perikatan Nasional (PN) yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Pas Rembau, Rozmal Malakan bagi merebut kerusi itu dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Beliau membuat penampilan kelima bertanding kerusi DUN Rantau yang disandangnya selama empat penggal sejak 2004.
Iklan
Dalam pada itu, Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN berharap pengundi di enam negeri yang terlibat dengan PRN supaya membuat keputusan bijak pada 12 Ogos nanti dengan memilih kerajaan yang boleh membawa kesejahteraan dan pembangunan.
"Mereka tidak boleh memilih berdasarkan sentimen terutamanya berkenaan perkauman dan agama.
"Saya harap semua pihak yang berkempen, kempen secara rasional. Kempen dengan cuba menonjolkan kewibawaan kita, jika parti kita diberi peluang boleh bawa kebajikan dan kesejahteraan lebih baik dikecapi oleh rakyat.
"Bukannya kita nak mencurahkan minyak ke dalam api perkauman. Jadi nasihat saya supaya kita berkempen secara sihat.
"Biarlah rakyat rasa selesai walaupun menghadapi pilihan raya tetapi tidak merasa terganggu emosi, apa juga urusan mereka," katanya.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>