Kira-kira 30 hilang selepas dua bot karam di Itali

Iklan
Kira-kira 30 orang dilaporkan hilang awal Ahad selepas dua kapal karam di luar pulau Lampedusa di Itali. - Gambar hiasan

ROME - Kira-kira 30 orang dilaporkan hilang awal Ahad selepas dua kapal karam di luar pulau Lampedusa di Itali.

Pengawal Pantai berjaya menyelamatkan 57 pendatang dan menemukan dua mayat iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak, lapor agensi berita Itali ANSA.

Iklan
Iklan

Bot pertama didakwa membawa 48 penumpang dengan 45 daripadanya berjaya diselamatkan, manakala tiga lagi gagal dikesan.

Bot kedua yang membawa 42 penumpang dari Afrika Sub-Sahara, 14 daripadanya berjaya diselamatkan. - Bernama-ANSA

Iklan
Iklan