Rintihan pesawah di Ayer Hitam antara fokus utama Hayazi
Iklan
Hayazi (kiri) menziarahi seorang mangsa kemalangan di Kampung Darat di sini pada petang Sabtu.
JERLUN - Rintihan pesawah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hitam berkaitan masalah perparitan antara fokus utama Calon Barisan Nasional (BN) Hayazi Azizan, 44, sekiranya diberi mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah kali ini.
Beliau berkata, majoriti penduduk di kawasan Ayer Hitam adalah pesawah manakala selebihnya adalah nelayan dan penoreh getah.
Iklan
Iklan
"Masalah parit ini atau orang kampung selalu sebut 'parit gila' perlukan penyelenggaraan mengikut jadual supaya kerja-kerja sawah berjalan lancar.
"Sepanjang tempoh berkempen masalah perparitan antara aduan yang sering saya terima selain masalah jalan rosak dan lampu jalan di kawasan Kampung Pida," katanya ketika ditemui di program bertemu penduduk di Kampung Darat pada petang Sabtu.
Iklan
Menurutnya, infrastruktur sawah yang baik akan membantu merealisasikan hasrat kerajaan untuk melaksanakan tanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun.
"Jadi bagi merealisasikan hasrat itu, kita perlukan kerjasama semua pihak, kalau kerajaan negeri Kedah tidak seiring dengan pusat mungkin akan ada halangan-halangan yang berlaku," ujarnya.
Iklan
Dalam pada itu, sebagai seorang calon muda, Hayazi juga berhasrat untuk menubukan Pusat Sehenti Belia di kawasan terbabit.
Katanya, pusat berkenaan dapat dimanfaatkan oleh golongan belia sehingga dewasa bagi melakukan pelbagai aktiviti riadah termasuk sukan.
"Di pusat ini kita akan wujudkan gelanggang sukan, peralatan sukan, WIFI percuma, perpustakaan mini, kafe dan sebagainya kerana setakat ini di kawasan Ayer Hitam belum ada kemudahan sedemikian," katanya.
Hayazi yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerlun berkata, nasib anak muda di kawasan terbabit juga akan terbela apabila beliau berhasrat memperhebatkan latihan kemahiran kepada mereka.
" Pelajar yang tamat sekolah ini kita akan cuba adakan latihan tidak formal jangka pendek dengan harapan selepas tamat kursus mereka berpeluang menjana pendapatan sendiri," katanya.
Pertambahan komuniti Rohingya di Kampung Kuala Muda, Penaga di Kepala Batas hampir empat kali ganda daripada 108 orang pada 2018 kepada kira-kira 400 tahun ini menjadi punca utama penduduk meminta penempatan itu dikosongkan, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohd Rosli.
Jumlah rumah yang didiami komuniti berkenaan turut meningkat daripada 12 kepada 33, dengan sesetengah kediaman menempatkan lebih 20 orang daripada tiga atau empat keluarga, sekali gus mencetuskan keresahan mengenai kesesakan, perubahan landskap sosial kampung dan persaingan pekerjaan termasuk dalam sektor perikanan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789886/edisi/utara/dari-100-jadi-400-orang-penduduk-jelaskan-sebab-rohingya-diminta-keluar
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.