SHAH ALAM - Sebanyak 61 peratus responden daripada kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum bersetuju bahawa mereka memilih parti pada pilihan raya negeri (PRN) di Selangor.
Berdasarkan kajian Endeavour-MGC (EMGC) yang dijalankan kepada 1,068 responden itu, 58 peratus responden dari kerusi marginal Melayu juga akan membuat keputusan serupa.