Kerjasama PH-BN diterima ramai

Iklan
EMGC melaporkan sebanyak 76 peratus daripada 1,068 responden menyokong keputusan PH membentuk Kerajaan Perpaduan dengan BN.

SHAH ALAM - Hasil kajian Endeavour-MGC (EMGC) melaporkan sebanyak 76 peratus daripada 1,068 responden menyokong keputusan Pakatan Harapan (PH) membentuk Kerajaan Perpaduan dengan Barisan Nasional (BN).

Keputusan itu disokong oleh koresponden di Dewan Undangan Negeri (DUN) kerusi marginal semua kaum di Selangor, sementara 69 peratus di kerusi marginal Melayu turut bersetuju dengan perkara itu.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, 31 peratus di kerusi DUN marginal Melayu membantah dan disokong sebanyak 24 peratus di kerusi marginal pelbagai kaum.

Sementara itu, kajian mendapati lebih separuh iaitu 59 peratus responden Melayu bersetuju PH dan BN patut bertanding sebagai satu gabungan pada pilihan raya negeri (PRN) Selangor.

Iklan

Bagi responden di kerusi marginal melibatkan semua kaum pula mendapati 68 peratus menyatakan perkara sama.

Dalam kajian itu juga, keseluruhan responden menyatakan gabungan PH-BN akan memenangi 35 daripada 56 kerusi DUN, seterusnya membentuk kerajaan negeri.

Iklan

Responden di DUN marginal turut menganggarkan Perikatan Nasional (PN) akan memenangi hanya 18 kerusi dan tiga lagi DUN adalah milik lain-lain sama ada Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Sosialis Malaysia (PSM) atau Bebas.

Carta menunjukkan lebih separuh responden setuju PH-BN bertanding sebagai satu gabungan pada PRN kali ini.

"Bagi responden di DUN majoriti Melayu, PH-BN mampu memenangi 33 daripada 56 kerusi. PN pula memenangi 20 kerusi dan bakinya iaitu tiga lagi DUN diperolehi Muda, PSM atau bebas,” lapor EMGC.

Sementara itu, 72 peratus daripada keseluruhan responden bersetuju dan menyokong calon PH untuk memenangi PRN di kerusi yang melibatkan dua penjuru bersama PN, manakala 28 peratus adalah sebaliknya.

"Bagi responden kerusi marginal Melayu pula, 61 peratus menyatakan kemungkinan mereka memberi sokongan kepada calon PH di DUN yang melibatkan dua penjuru bersama PN dan 39 peratus pula adalah sebaliknya,” katanya.

Bagi pertandingan dua penjuru antara BN dan PN, kajian mendapati terdapat peningkatan sokongan daripada responden semua kaum dan Melayu kepada parti pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan masing-masing sebanyak 32 dan 42 peratus.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!