PRN: Hentikan doktrin undi parti boleh jatuh kafir, rosak akidah
Iklan
Asyraf Wajdi Dusuki
SHAH ALAM – Doktrin yang mengatakan mengundi mana-mana parti boleh menentukan seseorang itu rosak akidah atau jatuh kafir harus dihentikan demi ikatan ukhuwah Islamiah.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia penting bagi mengelakkan pertelingkahan dan perbalahan yang membawa kepada kafir-mengkafir.
Iklan
Iklan
Menurutnya, berbeza parti hanyalah daripada segi ijtihad dan pendekatan politik bukannya perbezaan akidah serta pegangan agama seseorang.
"Saya minta dan mengharapkan agar kepimpinan Pas dapat mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan ahli-ahli di bawah bahawa tidak jatuh kafir atau rosak akidah seseorang apabila mengundi mana-mana parti dalam pilihanraya kali ini,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian menerusi satu video yang dimuat naik di akaun Facebooknya pada Sabtu.
Jelasnya, hingga kini masih ada ahli yang fanatik dan terpengaruh dengan pimpinan terdahulu yang menanam satu idelogi dan doktrin mengundi UMNO, Barisan Nasional (BN) jatuh akidah kafir dan masuk neraka.
Iklan
"Tidak mengundi Pas atau UMNO tidak akan menjatuhkan kekufuran kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, Asyraf berkata, Islam lebih tinggi daripada parti politik, walaupun politik merupakan sebahagian daripada agama kerana Islam menuntut kita menjaga seluruh aspek kehidupan termasuklah aspek politik.
"Sabda Nabi Muhammad SAW, barang siapa yang mengucap dua kalimah syahadah, dia dijamin syurga dan haram kita menyentuh nyawa, maruah dan hartanya.
"Justeru saya memohon agar semua pihak dapat membezakan dan jangan sesekali kita sewenangnya menjatuhkan tahap kekafiran seseorang hanya kita berbeza politik.
"Saya harap barisan tertinggi Pas agar dapat mengeluarkan pengarahan dan kenyataan bagi menjernihkan fenomena ini bahawa sesiapa sahaja mengundi mana-mana parti tidak akan sesekali akan jatuh kekafiran apatah lagi penentuan dia masuk syurga neraka,” tegasnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.