Nurul Syazwani janji ketengahkan isu kekurangan air, banjir
Iklan
Nurul Syazwani ketika Sinar Live yang bertajuk ‘Permatang: Debaran Satu Lawan Satu’ pada Sabtu. - Foto SINAR HARIAN/MOHD RAFIQ REDZUAN
SHAH ALAM - Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang, Nurul Syazwani Noh berjanji untuk mengetengahkan isu kekurangan air dan banjir khususnya di kawasan berkenaan.
Menurutnya, dua perkara yang gagal diselesaikan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) terdahulu itu akan diutamakan sekiranya beliau dan PN berjaya mendapat majoriti serta membentuk kerajaan di Selangor.
Iklan
Iklan
"Di DUN Permatang, sebenarnya masih banyak lagi isu-isu yang kerajaan negeri belum selesaikan walaupun sebelum ini mereka jadi kerajaan. Antaranya adalah isu banjir.
"Di Parlimen Tanjung Karang banyak kampung-kampung. Ada kawasan perlombongan dan juga tepi laut. Masalah di Permatang adalah perparitan. Apabila perparitan tidak diselenggara dengan baik, maka memang selalu terjadi isu banjir. Bukan itu sahaja, isu tanah, isu penempatan juga akan diketengahkan.
Iklan
"Ini bukan hanya di Permatang, ini isu di Selangor iaitu kekurangan air. Jadi, seandainya saya diberi peluang untuk ada suara dalam DUN, sudah pasti isu-isu ini akan ketengahkan dan diutamakan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika Sinar Live yang bertajuk ‘Permatang: Debaran Satu Lawan Satu’ dikendalikan oleh Haizir Othman yang disiarkan di seluruh platform Sinar Harian pada Sabtu.
Iklan
Mengulas mengenai manifesto PN Selangor yang dilancarkan pada Jumaat, beliau berkata, ia merupakan satu janji inklusif yang memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat dan sesuai untuk diguna pakai.
Beliau yang juga salah seorang jawatankuasa penggubal manifesto itu memaklumkan, setiap suara atau masalah rakyat termasuk anak muda dan wanita adalah didengari dan diberikan solusi di dalam manifesto tersebut.
"Sebagai contoh, antara masalah di Tanjong Karang dan utara Selangor adalah parkir perbandaran yang dikenakan yuran dan perlu menggunakan aplikasi. Di Tanjung Karang, banyaknya orang tua yang mungkin kurang fasih terhadap aplikasi, ia mendatangkan masalah.
"Jadi, saya utarakan masalah ini dalam mesyuarat dan kepada kepimpinan tertinggi. Hasilnya, semalam sudah diumumkan secara rasmi segala parkir Selangor Utara akan dibatalkan. Ini contoh bagaimana suara rakyat didengari PN,” ujarnya.
Dalam masa sama, terdapat juga pelbagai insentif yang diumumkan kepada nelayan dan petani yang menurut beliau memberi peluang kepada mereka khususnya DUN Permatang meningkatkan ekonomi.
"Selain itu, kalau kita tengok manifesto yang diumumkan, ia tidak hanya tertumpu kepada luar bandar. Manifesto kami adalah sangat konklusif. Ada juga bantuan untuk anak muda di bandar yang ada masalah penempatan rumah sewa dan sebagainya. Manifesto ini seimbang,” katanya.
Nurul Syazwani juga yakin bahawa PN mampu untuk memenangi PRN Selangor dengan sekurang-kurangnya majoriti sebanyak 30 hingga 33 kerusi.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.