Malaysian Tigress berkampung di Perth
Iklan
Nasihin Nubli
SKUAD hoki wanita negara akan menempuh enam aksi dalam siri jelajah perlawanan persahabatan menentang pasukan negeri dan kelab Australia di Perth, bermula 6 hingga 18 Ogos ini.
Siri jelajah itu antara medan persediaan Malaysian Tigress asuhan Nasihin Nubli Ibrahim, sebelum menghadapi temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, pada September ini.
Iklan
Iklan
"Kami akan guna perlawanan persahabatan bagi meningkatkan lagi keserasian dalam kalangan pemain serta ruang untuk pemain lebih memahami taktikal pasukan.
"Salah satu lawan kami ialah Perth Thundersticks, pasukan negeri dan menyertai liga tertinggi Australia.
Iklan
"Selain itu Perth Thundersticks, turut mempunyai barisan pemain dalam skuad latihan kebangsaan, serta memiliki bekas pemain kebangsaan senior dan remaja Australia,” kata Nasihin Nubli dalam kenyataan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) pada Jumaat.
Dalam pada itu, Nasihin Nubli berkata, enam pemain remaja Piala Remaja Asia di Jepun pada Mei lalu dibawa ke Perth bagi memberi peluang membuktikan kemampuan masing-masing.
Iklan
"Ya, pemain berusia 20 tahun, Anith Humaira akan membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan,” katanya.
Di Perth, skuad kebangsaan akan menentang Perth Thundersticks pada 7, 9, 11 dan 13 Ogos, diikuti aksi berdepan Warrick (14 Ogos), sebelum menamatkan siri jelajah itu bertemu Freo pada 16 Ogos.
Senarai 19 pemain Malaysian Tigress ke Siri Jelajah Perth:
Mashitah Ab Khalid
Siti Zalia Nasir
Nur Hazlinda Zainal Abidin
Khairunnisa Ayuni Mohd Sharuddin
Dayang Nuramirah Abang Mahadani
Anith Humaira Baharudin
Nur Nabila Alia Yussaini
Nurul Fatin Fatiah Azman
Nurmaizatul Hanim Syafi Shiek Fuad
Nur Insyirah Effarizal
Wan Norfaiezah Saiuti
Juliani Mohamad Din (Kapten)
Fatin Shafika Mahd Sukri
Nuramirah Shakirah Zulkifli
Siti Nur Arfah Mohd Nor
Nur Afiqah Syahzani Azhar
Hanis Nadiah Onn
Nur Atira Mohamad Ismail
Siti Zulaikha Husain
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.