PERAK FC sekali lagi terpaksa melupakan khidmat penyerang dari Korea Selatan, Seo Seonung akibat kecederaan apabila mengalami patah hidung disebabkan insiden yang berlaku dengan pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rodney Akwensivie pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perak pada malam Khamis.
Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah berkata, biarpun pasukannya memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1 tetapi kehilangan Seonung akan dirasai.