Polis terima laporan markas, bendera Pas dirosakkan

Iklan
Antara kerosakan yang dilaporkan berlaku di markas Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar di Kampung Cina, Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU - Polis menerima satu laporan berhubung perbuatan merosakkan bahan kempen parti Pas pada hari keenam kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu.

Ketua Urusetia PRN Polis Kontinjen Terengganu, Asisten Komisioner Noor Halim Nordin berkata, laporan itu dibuat di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu pada Khamis.

Iklan
Iklan

"Kes ini disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.

Dalam pada itu, Noor Halim mengingatkan semua calon dan penyokong supaya melakukan aktiviti kempen secara berhemah bagi mengelak wujud sebarang bentuk provokasi.

Iklan
Iklan

"Semua calon dan penyokong parti bertanding perlu terus melakukan aktiviti kempen secara berhemah dan bersopan agar tidak menimbulkan sebarang bentuk provokasi dan mengelak insiden tidak diingini," katanya.