Saya akan terus kempen ajak pengundi pilih calon PN - Sanusi
Iklan
Sanusi (tengah) memenuhi permintaan orang ramai untuk bergambar ketika hadir majlis Sembang Santai bersama MB Kedah di Flat Alor Malai, pada Rabu.
ALOR SETAR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan terus berkempen untuk mengajak pengundi memilih calon PN yang ditampilkan dalam pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri.
Beliau berkata, biarpun terdapat beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri menunjukkan terdapat protes terhadap calon, sehingga menyebabkan wakil parti dalam gabungan itu bertanding sebagai calon Bebas, ia tidak akan menjejaskan sokongan kepada PN.
Iklan
Iklan
"Perkara sudah pun berlaku. Parti (peringkat Pusat) juga sudah bertindak, saya dimaklumkan sudah ada surat untuk pemecatan terhadap ahli parti yang bertanding sebagai calon Bebas. Itu sahaja tindakan pada peringkat ini,” katanya ketika ditemui selepas hadir program Sembang Santai bersama MB Kedah di Flat Alor Malai, di sini pada Rabu.
Menteri Besar Kedah itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan bekas Timbalan Yang Dipertua Pas Langkawi, Mazlan Ahmad dan Timbalan Ketua Pemuda Pas Langkawi, Safwan Hanif Shafie yang masing-masing bertanding calon Bebas di DUN Kuah dan Ayer Hangat sebagai protes terhadap calon luar ditampilkan PN.
Iklan
Sementara di Kota Siputeh, penyokong PN menurunkan bendera gabungan itu sebagai tanda tidak berpuas hati terhadap calon luar diketengahkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Di Bayan Lepas, Pulau Pinang pula menyaksikan pemimpin Pas secara terbuka menempelak Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai yang ditampilkan sebagai calon PN di kerusi majoriti Melayu itu.
Iklan
Ditanya sama ada PN bimbang sekiranya berlaku undi protes di kawasan terlibat sehingga ahli parti tersebut memberi undi kepada pihak lawan, Muhammad Sanusi optimis untuk terus berkempen secara sihat.
"Kita harus kekal untuk ajak orang ramai mengundi PN. Itu saja (kempen),” ujarnya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.