Pembangkang 'koyak' dengan kejayaan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
Iklan
Fahmi Fadzil
SEMENYIH - Pelbagai kejayaan yang dikecapi Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara menyebabkan pihak pembangkang cemburu atau"koyak”.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, walaupun kerajaan masih baharu namun kejayaan inisiatif membantu rakyat yang dilaksanakan tidak boleh dinafikan.
Iklan
Iklan
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) berkata, disebabkan kejayaan itu pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan, sebaliknya mereka memainkan sentimen negatif termasuk menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja.
"Kejayaan yang dapat kita lihat sekarang kadar inflasi kita terus menurun dan kini mencapai pada kadar 2.4 peratus.
Iklan
"Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, sektor komunikasi mencatatkan penurunan inflasi bagi harga Internet, iaitu menurun pada kadar negatif 3.6 peratus, bermakna harga Internet semakin murah,” katanya pada ceramah Jelajah Perpaduan di Semenyih, Kajang malam Selasa.
Jelas Fahmi, terdapat pemimpin pembangkang yang masih berdegil dengan memainkan sentimen atau menyentuh isu 3R.
Iklan
"Walaupun pelbagai peringatan berhubung etika berkempen kepada semua pihak termasuk pengguna media sosial, namun ada yang masih mempermainkan isu berkenaan,” katanya.
Justeru, beliau mengingatkan semua pihak khususnya pemimpin parti supaya sentiasa peka serta menghormati undang-undang dan etika berkempen. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled"><meta itemprop="description" content="Kemelut UMNO-DAP: Bubar Parlimen atau sebaliknya terserah kepada PM – Khaled
Keputusan sama ada Parlimen dibubarkan atau sebaliknya susulan kemelut hubungan UMNO dan DAP dalam Kerajaan Perpaduan diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Perdana Menteri mempunyai kuasa untuk menentukan tindakan yang perlu diambil susulan perbezaan pendirian antara parti dalam Kerajaan Perpaduan ketika ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804547/berita/politik/kemelut-umno-dap-bubar-parlimen-atau-sebaliknya-terserah-kepada-pm-ndash-khaled-nordin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #umno #dap #bubarparlimen #khalednordin"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-14T06:34:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P147S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbwhyza"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbwhyza"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbwhyza"></script>