Nelayan Kuala Kedah

Iklan

Golongan nelayan di Kedah mengharapkan kerajaan dapat menaikkan kadar Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) Laut kepada RM500 sebulan daripada RM300 seiring dengan peningkatan kos sara hidup pada masa ini berikutan kenaikan harga barangan.

Rata-rata nelayan di negeri itu yang ditemui di jeti pendaratan ikan di Kuala Kedah di Alor Setar menyambut baik komitmen kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membela nasib nelayan namun memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan kenaikan elaun sara hidup itu.

Iklan
Iklan

Seorang daripada nelayan itu, Jamaluddin Zakaria, 46, berkata beliau tidak menafikan kerajaan kini berusaha melakukan terbaik untuk rakyat tetapi kos sara hidup yang semakin meningkat perlu diberikan lebih perhatian melalui mekanisme menaikkan jumlah elaun itu. - Foto Bernama