Bank Rakyat raikan ulang tahun ke-17 Sinar Harian
Iklan
SHAH ALAM - Sempena meraikan Ulang Tahun ke-17 Sinar Harian, Bank Rakyat menghadiahkan pulut kuning sebagai tanda penghargaan kerjasama antara kedua-dua pihak selama ini.
Kunjungan ke Pejabat Kumpulan Media Karangkraf yang diketuai Naib Presiden Komunikasi dan CSR Bank Rakyat, Nizam Abu Samah disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Karangkraf, Zamri Rambli.