PRN: UMNO Tanah Merah yakin pertahan Gual Ipoh, rampas Kemahang
Iklan
Wan Rakemi (dua dari kiri) bersama calon BN, DUN Kemahang, Abe Jek (kanan), DUN Gual Ipoh, Zuhairi (dua dari kanan) dan DUN Bukit Panau, Datuk Dr Samsu Adabi Mamat dari Amanah.
TANAH MERAH - UMNO Tanah Merah melaungkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh dan merampas Kemahang dari Pas pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Ketuanya, Datuk Wan Rakemi Wan Zahari berkata, hasil gerak kerja yang dilakukan sebelum DUN Kelantan dibubarkan pihaknya mendapati wujud gelombang terhadap penolakan Pas di kedua-dua kawasan tersebut.
Iklan
Iklan
"Gelombang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) saya lihat sudah tidak relevan untuk PRN kali ini.
Saya yakin dan percaya rakyat sudah bijak untuk membuat keputusan.
"Hal ini kerana BN adalah sebahagian daripada kerajaan di peringkat pusat," katanya ketika ditemui pemberita di sini.
Iklan
Menurut beliau, menambahkan lagi keyakinan apabila pengundi BN yang sebelum ini pro kepada calon Perikatan Nasional (PN) di Parlimen Tanah Merah sudah berjaya dipulihkan.
Ujarnya, pada masa sama BN menampilkan dua muka baharu untuk bertanding di DUN Gual Ipoh dan Kemahang.
Iklan
Wan Rakemi berkata, Gual Ipoh BN menampilkan calon muda berusia 32 tahun iaitu Zuhairi Zakaria yang merupakan pemimpin pemuda.
"Saya lihat mutakhir ini, Zuhairi berjaya membawa satu gelombang yang cukup hebat kepada BN.
"Saya yakin BN mampu mengekalkan terajui di Gual Ipoh.
Begitu juga dengan Kemahang yang saya lihat perubahan sudah mulai wujud," katanya.
Beliau memberitahu, calon wakil rakyat sedia ada yang terus diberi mandat oleh Pas terbukti gagal membawa sebarang perubahan kepada kawasan berkenaan.
"PRN kali ini BN membawa muka baharu di Kemahang iaitu Mazli Mustafa atau Abe Jek seorang tokoh yang berwibawa.
"Insya-ALLAH, jika Kemahang dan Gual Ipoh berjaya ditawan lebih banyak manfaat akan dapat dinikmati oleh rakyat nanti," katanya.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PN) di enam negeri di sini!
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.