Amanah Kuala Langat selesai isu calon, fokus menang PRN - Hasnul
Iklan
Hasnul (tiga dari kanan) pada sesi pengumuman calon PRN DUN Morib di Institut Latihan Perindustrian Bandar Baru Banting pada Sabtu.
KUALA LANGAT - Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Morib, Hasnul Baharuddin menjelaskan isu berhubung bantahan Parti Amanah Negara (Amanah) Kawasan Kuala Langat terhadap pencalonannya bagi mempertahankan kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor sudah diselesaikan.
Hasnul berkata, perkara itu telah diselesaikan dengan baik dan kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama sebagai satu pasukan dalam mempertahankan kerusi tersebut.
Iklan
Iklan
"Selepas pengumuman calon daripada Amanah oleh Presiden (Datuk Seri Mohamad Sabu) saya dan (Ketua Amanah Kawasan Kuala Langat) Mohd Safiee pada dasarnya setuju untuk bersama-sama mempertahankan kerusi DUN Morib," katanya selepas sesi penamaan calon DUN Morib di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Bandar Baru Banting di sini pada Jumaat.
Sehubungan itu, katanya, semua jentera digerakkan untuk berkempen bertemu pengundi bagi mengekalkan kemenangan di DUN berkenaan.
Iklan
Pada PRN kali ini menyaksikan Hasnul dicabar calon Perikatan Nasional (PN), Rosnizan Ahmad.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) Hasnul memperoleh majoriti 2,177 undi selepas memperoleh 11,000 undi menewaskan calon Barisan Nasional, Rozana yang memperoleh 8,883 undi dan calon Pas, Dr Mohd Sallehuddin Hafiz yang mendapat 7,329 undi.
Iklan
Sina Harian pada 20 Julai lalu melaporkan, Amanah Kawasan Kuala Langat membantah Hasnul sebagai calon Pakatan Harapan (PH) pada PRN Selangor 12 Ogos depan.
Mohd Safiee berkata, Amanah kawasan dan ketiga-tiga sayap parti terdiri daripada Pemuda, Wanita (Awan) dan Wanita Muda (Warda) tidak bersetuju Hasnul diletakkan sebagai calon kerana telah menjadi ADUN selama dua penggal sejak 2013 hingga Jun lalu.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.