Pelakon, pengarah drama sokong calon Bebas DUN Tendong

Iklan
Fauzi (kiri) hadir memberikan sokongan kepada Suzainal yang bertanding di DUN Tendong.

PASIR MAS - Pelakon dan pengarah drama terkenal tanah air, Fauzi Nawawi hadir memberikan sokongan kepada Datuk Seri Suzainal Adnan Sukri yang bertanding di bawah tiket Bebas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tendong pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Fauzi berkata, kehadirannya itu sebagai tanda sokongan kepada Suzainal.

Iklan
Iklan

"Sikap prihatin memang ada pada beliau. Saya rasa dia mempunyai ciri-ciri sebagai seorang pemimpin di Tendong," katanya.

Menurut beliau, Suzainal sudah lama bekerja membantu rakyat di sini dan pengundi perlu memberi sokongan kepada beliau.

Iklan
Iklan

Beliau berharap Suzainal akan menang.