Hentikan sementara 'amal jariah' sepanjang PRN - Tok Mat
Iklan
Calon DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias (kiri) menerima watikah PRN disampaikan Mohamad pada Jumaat.
SEREMBAN - Kesemua 108 calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diingatkan supaya menghentikan sementara 'amal jariah' sepanjang tempoh 14 hari berkempen.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia bagi mengelakkan dijadikan senjata, peluru oleh sesiapa untuk menembak gabungan itu ataupun mempersoalkan nanti keputusan pilihan raya dan terpaksa dibawa ke perbicaraan menyebabkan banyak hal yang tidak diingini berlaku.
Iklan
Iklan
"Ya saya menasihatkan kepada calon-calon termasuk diri saya sendiri sebab saya pun sebagai calon, kadang-kadang kita ini ahli politik memang ramai orang minta pertolongan.
"Sudah menjadi kebiasaan kepada calon yang sedia ada, memang biasa kadang-kadang di tengah jalan orang minta pertolongan secara automatik memang apa dalam poket kita bagi. Itulah kehidupan wakil rakyat yang orang tidak tahu," katanya kepada pemberita selepas selesai Majlis Penyerahan Watikah PRN di Wisma UMNO di sini pada Jumaat.
Iklan
Mohamad yang juga Menteri Pertahanan itu sekali lagi mengulangi pesanannya kepada rakan-rakan calon dan juga dirinya bahawa dalam tempoh 14 hari ini (berkempen) supaya melupakan amal jariah sedekah itu.
Dalam pada itu beliau turut menasihatkan kepada calon berkenaan agar tidak membuat sebarang kenyataan mengenai isu-isu berbangkit.
Iklan
"Kadang-kadang di setiap tempat itu orang akan bertanya, pemberita dan media akan bertanya soalan yang berkenaan dengan parti, berkenaan dengan isu- isu. Jadi saya telah menasihatkan calon tidak usah kita membuat apa-apa kenyataan.
"Jika pasal parti biarlah kepimpinan parti yang akan buat kenyataan, jika berkenaan dengan isu-isu kita tidak perlulah komen-komen.
"Kita cuma beritahu kita bekerja kuat, minta supaya pengundi-pengundi memberikan kepercayaan kepada kita untuk menjadi wakil kepada mereka selepas pilihan raya nanti," katanya.
Tambahnya, jika menang (PRN) nanti, mereka akan bekerja kuat selain menjelaskan 60 peratus daripada kehidupan wakil rakyat ini adalah hak awam.
"Bukan senang nak jadi wakil rakyat tetapi dah dipilih oleh parti,kita nak. Maka itulah kehidupan yang bakal dihadapi oleh calon- calon yang menang pada pilihan raya ini nanti," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.