Polis terima laporan akaun FB palsu guna nama isteri TMJ

Iklan
olis menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan penyamaran akaun Facebook yang menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam.(Gambar hiasan) - Foto 123rf

JOHOR BAHRU - Polis menerima laporan daripada seorang lelaki berkaitan penyamaran akaun Facebook yang menggunakan nama isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam, pada Rabu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, lelaki berusia 40 tahun itu membuat laporan pada 3.19 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas mendapati akaun berkenaan adalah palsu.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam satu hantaran menerusi akaun berkenaan terdapat kapsyen yang menggambarkan Che’ Puan Besar Khaleeda mempromosikan penyaman udara dari Jepun.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu melalui penyamaran dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Iklan

Kamarul Zaman menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan media sosial untuk kepentingan peribadi dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. - Bernama

Iklan