Pejabat Zuraida nafi ada kaitan kes penipuan bernilai RM4 juta
Iklan
Zuraida
SHAH ALAM - Pejabat Timbalan Pengerusi Muafakat Nasional (MN), Datuk Zuraida Kamaruddin menafikan dakwaan berhubung kes penipuan bernilai RM4 juta dan mempunyai kaitan dengan individu yang dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Pengurusan pejabat berkenaan berkata, pihaknya tidak pernah melantik Adam Rosly Abdullah, mana-mana individu atau kumpulan untuk bertindak menjadi wakil mereka apabila melibatkan sebarang urusan.
Iklan
Iklan
"Justeru itu, kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang tindakan yang telah atau akan dibuat oleh individu berkenaan yang jelas tidak mempunyai apa jua kaitan dengan kami.
"Sekiranya anda adalah mangsa penama di atas atau pernah dihubungi oleh mana-mana pihak yang mengaku sebagai wakil pejabat Zuraida, sila hubungi pihak kami dengan segera," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Iklan
Baru-baru ini, dimaklumkan bahawa telah berlakunya satu penipuan sehingga melibatkan nilai RM4 juta yang dikaitkan dengan pejabat Zuraida dan dipercayai didalangi oleh seorang individu dikenali sebagai Adam Rosly Abdullah.
Sebarang pertanyaan, pengesahan dan aduan mengenai perkara itu boleh diajukan melalui emel zuraida.kamaruddin.ampang@gmail.com.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>