Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Baru
Iklan
KUALA LUMPUR - Sebanyak dua buah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, di Kampung Baru di sini, pada Ahad.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur berkata, seramai 13 anggota bersama dua jentera bomba bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.08 tengah malam.