PM ajak rakyat hadir Majlis Sahih Al-Bukhari esok

Iklan
Anwar - Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menghadiri Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya esok.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Anwar berkata, majlis itu juga akan dihadiri Mufti Besar India, Al-Allamah Sheikh Abu Bakar Ahmad dan Penasihat Agama Presiden Mesir, Sheikh Dr Usamah Sayyid Al-Azhari.

Iklan
Iklan

"Esok saya akan menghadiri Majlis Perasmian dan Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra, Putrajaya.

"Saya ingin menjemput warga Malaysia yang berkelapangan untuk hadir majlis ilmu ini. Semoga majlis ini akan memupuk semangat cintakan ilmu dan menyuburkan budaya, mengukuhkan tradisi ilmu Islam di Malaysia,” kata Anwar.

Iklan
Iklan

Majlis ilmu itu akan bermula 6 petang hingga 9 malam. - Bernama