Kes dadah: Wanita Kenya terlepas hukuman gantung

Iklan
Mahkamah Rayuan pada Isnin memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi mempunyai kuasa untuk mengeluarkan perintah supaya kanak-kanak bawah umur menjalani ujian DNA bagi memastikan paterniti kanak-kanak itu. - Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Seorang wanita warga Kenya terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Rayuan pada Khamis mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya bagi kesalahan mengedar 903.5 gram metamfetamina.

Bagaimanapun, Pamela Faith Aoko Omollo, 39, dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas mahkamah meminda pertuduhan terhadapnya kepada memiliki dadah itu.

Iklan
Iklan

Peguam, K Simon Murali memaklumkan panel tiga hakim yang diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bahawa Jabatan Peguam Negara telah menerima representasi anak guamnya bagi meminda pertuduhan daripada mengedar kepada memiliki.

Timbalan Pendakwa Raya Zaki Asyraf Zubir kemudian mengesahkan perkara itu.

Iklan

Kamaludin, yang bersidang bersama-sama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Azmi Ariffin, mengarahkan Omollo menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 25 November 2016.

Sebelum ini, Omollo dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 16 Mac 2021 kerana mengedar dadah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Selangor pada jam 7.45 malam 25 November 2016.

Iklan

Ibu kepada empat anak itu kemudian telah merayu kepada Mahkamah Rayuan. - Bernama