Sindhu pilih Hafiz jurulatih sepenuh masa

Iklan
Hafiz (kiri) memulakan tugas rasmi sebagai jurulatih peribadi Sindhu bermula pada Terbuka Korea di Yeosu minggu ini.

BEKAS jaguh badminton perseorangan lelaki negara, Muhammad Hafiz Hashim kini sah bergelar jurulatih kepada pemain wanita India, PV Sindhu.

Sindhu berkata, Hafiz yang juga juara Seluruh England 2003 memenuhi semua kriteria yang diperlukan untuk bergelar jurulatihnya.

Iklan
Iklan

"Selepas proses yang panjang dan berlarutan, saya gembira mengumumkan Hafiz sebagai jurulatih saya. Beliau memiliki semua kriteria yang saya cari sebagai jurulatih.

"Beliau juga mempunyai rekod pencapaian yang baik. Beliau pernah berlatih di bawah bimbingan Sidek (Datuk Misbun Sidek) yang menambahkan lagi aura pada dirinya,” katanya.

Iklan

Hafiz sebelum ini melatih Sindhu - pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 dan gangsa Olimpik Tokyo 2020 secara sambilan di Akademi Badminton Sucithra di Hyderabad, India.

Dengan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah bermula, Sindhu yang juga bekas juara dunia mahukan khidmat Hafiz secara sepenuh masa.

Iklan

Dia kemudiannya memohon kelulusan Pihak Berkuasa Sukan India (SAI) untuk berlatih di bawah bimbingan bekas pemain perseorangan lelaki negara itu.