Nik Abduh minta kerajaan Kelantan tarik balik arahan

Iklan
Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Bachok, Nik Muhammad Abduh Nik Abdul Aziz mahu kerajaan negeri menarik balik surat pekeliling yang dikeluarkan melibatkan arahan penutupan dan menghentikan sementara operasi kedai makan yang mula tular di laman-laman sosial semalam.

Nik Abduh melalui hantaran Facebook miliknya memberitahu, beliau menerima kiriman surat tersebut daripada seseorang dan selepas mengesahkan kebenarannya, beliau berharap perkara tersebut dipertimbangkan kembali kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

"Saya dengan ini berharap dan berdoa agar arahan ini ditarik balik. Ia mengganggu kebenaran dan keberkatan bulan Ramadan. Rezeki yang halal dan baik di bulan Ramadan wajar digalakkan, bukan dihalang.

"Pada bulan kelebihan ini, umat Islam adalah digalakkan menguruskan masa masing-masing dengan bijak dan berhikmah untuk melakukan ibadah khusus berpandukan sunnah Rasullullah SAW,” katanya.

Iklan

Semalam mula tular di laman-laman sosial mengenai surat yang bertarikh 6 Mei iaitu arahan menutup dan menghentikan sementara operasi kedai makan dan restoran pada jam 8.30 malam hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan ini.

Surat arahan yang ditandatangani oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Datuk Adnan Hussin itu adalah bagi memastikan semua pihak dapat menghormati bulan Ramadan dan menggalakkan umat Islam menunaikan solat sunat tarawih secara berjemaah di masjid dan surau.

Iklan

Arahan yang berkuat kuasa serta-merta itu juga mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat dan peniaga itu sendiri.

Bagaimanapun, sehingga kini, Sinar Harian masih cuba mendapatkan penjelasan lanjut daripada pihak yang berkenaan.