JAGUH lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly menempah slot secara merit ke Sukan Paralimpik 2024 selepas menjuarai kategori T20 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2023 di Paris hari ini.
Abdul Latif menjadi atlet para kedua layak ke Paris selepas Muhammad Ziyad Zolkefli yang meraih pingat perak acara lontar peluru kategori F20 (kecacatan intelektual), mengesahkan tempat pada Jumaat lepas.