UMNO bukan rasis tapi pertahankan hak Melayu
Iklan
Bung Moktar Radin - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR - UMNO menafikan dakwaan kononnya sengaja memainkan naratif isu agama dan perkauman.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Datuk Seri Bung Moktar Radin sebaliknya berkata, UMNO berusaha mempertahankan hak Melayu yang kian terhakis sejak ditadbir kerajaan Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
"Sebetulnya UMNO tidak memainkan sentimen perkauman, UMNO hanya mempertahankan hak Melayu yang telah dicabar, dicemari dan digugat.
"UMNO tidak pernah sesekali mengganggu-gugat mahupun mengancam bangsa lain. UMNO cuma risaukan nasib Melayu yang diperkotak-katik dan diganggu gugat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Iklan
Bung Moktar yang juga Pengerusi UMNO Sabah juga berpendapat, sejak negara di bawah pentadbiran PH, masyarakat ‘liar’ melontarkan komen yang mencetuskan kebimbangan dan perkauman.
Ahli Parlimen Kinabatangan itu berkata, kerisauan tersebut mencetuskan penyatuan ummah antara UMNO dan Pas.
Iklan
"UMNO dan Pas hanya menyampaikan suara rakyat demi kepentingan hak Melayu terus dipelihara,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>